Sebuah Temujanji

Temujanji ini yang entah keberapa ratus kali aku perlu menghadirinya…
Ah CUAK.
Tempohnya kurang seminggu dari tarikh entri ini ditulis.
Biar begitu, aku tetap ingin mencoret di sini…ianya buat aku rasa tenang.
Itu sudah cukup buatku.
Apa yang nyata, persediaanku masih tidak cukup.
Aku gementar amat.
SUNGGUH.
BUKTINYA,
Tangan serasa menggeletar semasa menelaah lewat petang semalam..
Kenapa ya?
Lapar barangkali..
Tidak mungkin, sepinggan nasi campur usai kusantap pada hari yang penuh berkecamuk itu!
Aku khabarkan pada kakanda..
Dia hanya ketawa.
Dia kata aku ini lucu.
Eh..
Aku tidak berlucu.
Kukhabarkan juga cerita mimpiku 2 malam kelmarin.
Dan mimpi itu berlaku selama 2 malam tidak berturutan.
Tajuknya…
Aku, dan Nemo ikan.
Ya aku bermimpi mengenai ikan.
Ikan itu tidak bersisik, berwarna coklat muda, sederhana panjang
(ikan pada mimpi yang kedua lebih besar), dan semestinya tidak berkaki!
Perawatakan (bukan fizikal) persis seekor kucing.
Manja, sedikit comel, dan gemar bermain-main dengan manusia.
Dalam mimpi pertama ikan itu tinggal di dalam kolam.
Latar tempat bertukar pada mimpi kedua…
Pada mimpi kedua ikan itu berpindah ke laut pula!
Seperti yang telah aku nyatakan,
Ikan dalam mimpi kedua lebih besar dari mimpi yang pertama!
Aku juga tidak pasti apa kaitan semua ikan-ikan itu dengan temujanji itu.
****************************************************************************

3 responses to this post.

  1. Posted by skmy on 04/10/2009 at 02:19

    hilangkan rasa gemuruh tu dengan beristighfar… mulakan langkah dengan Bissmillah… sentiasa juga memohon kemudahan daripadaNya…InsyaAllah allah sentiasa bersama dengan orang yang sentiasa mengingatiNya dan memohon padaNya.

    Balas

  2. Posted by skmy on 04/10/2009 at 02:22

    haha,,, jangan lekas melatah dengan mimpi yang datang selepas subuh,,, tu la jangan tidur selepas solat subuh,, .
    walau bagaimanapun.. serah kan semuanya pada Allah ya adik,,,

    Balas

  3. Posted by akukembaraini on 04/10/2009 at 05:44

    Trimas di atas segala ingatan itu (^_^).

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.