Mereka yang menganggu,
Itu waktu tidurku…
Itu waktu makanku…
Itu waktu santaiku…
Biarkan aku sendiri,
Mengapa perlu menyibuk…
Aku tidak pernah menganggu kalian,
Pusing, Serabut, Tersentuh..
Seribu rasa yang tidak tercerna itu,
Milik aku sekarang.
Aku hanya ingin diam dan tenang…
Di satu-satunya ruang yang aku ada itu..
*******************************************************************************
**Tiada kena mengena dengan entri di atas.
AIRCON, 15-19 April 2009 8.30 malam (Khamis hingga Ahad) 3.00 petang (Sabtu dan Ahad).
Sentul Park, Jln. Strachan KLPAC, Pentas 2 Off Jln. Ipoh, Kuala Lumpur.
Oh ya, aku tidak mungkin akan dapat menonton teater ini…
Buat kamu yang tertanya-tanya, apa rasionalnya aku post iklan AIRCON itu disini,
Hanya satu sebab:
Burn (salah satu watak dalam AIRCON) dia menuntut satu perkara di dalam hidupnya iaitu, RUANG . Dia mahu BEBAS!!
Seperkara lagi,
RUANG yang aku mahukan bukan seperti RUANG yang Burn mahukan
Aku dan Burn,
Kami langsung tiada persamaan.
