Entri ni sempena hari derma darah di kampus aku..
Seperti biasa…
Aku tidak menderma.
Terpulanglah untuk KitaKamuYangSuka mahu fikir apa-apa..
Kita sedia maklum terdapat 4 kumpulan utama jenis darah iaitu O, AB, A,dan B.
Pertama,
Darah O
Kamu yang memiliki jenis darah ini dikatakan
Setia, sabar dan..
sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan
diri sendiri.
Sentiasa bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua
perkara yang ingin dilakukan khususnya yang
melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu,
kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau
dalam apa cara sekalipun.
Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
Kamu juga terlalu serius dalam
persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri sendiri.
Oleh yang ,demikian
Kamu harus lebih bijak mengawal emosi dirimu agar tidak dikuasai dengan tekanan.
Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dari kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya.
Kamu juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh.
Kelemahan kamu adalah mudah cemburu, agak sombong dan amat kompetetif.
Betul tak????
KEDUA,
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat
utama dalam hidup kamu.
Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan.
Kamu jugagemar melibatkan diri dengan berpersatuan.
Kamu ternyata bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan
ternyata mereka juga sentiasa berasa senang
untuk bekerjasama dengan mu.
Sikap sensitif, sabar,dan bertimbang rasa yang
ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa
kamu tergolong dalam kategori individu yang
memiliki keperibadian penyayang.
Walau bagaimanapun…
Ada kalanya kamu agak degil dan
terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak
mengendahkan langsung waktu untuk berehat.
Kamu harus ingat,
kesihatan juga perlu diutamakan.
Jangan kerana terlalu leka dengan
kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.
Kamu juga suka keselarasan, kedamaian dan organisasi.
Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian.
Namun kelemahan kamu adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..
KETIGA
DARAH B
Sempoi!
kamu lebih selesa dengan kesederhanaan.
Dalam perhubungan pula kamu adalah individu
yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang
dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan
sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri.
Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel.
Kamu mudah untuk meletakkan diri sendiri
dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Kamu adalah individu yang bijak bersosial.
Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan
tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan
sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri.
Kamu harus ingat bahawa, tidak semua
perkara, kita boleh selesaikannya secara bersendirian.
Kamu punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri.
Namun kamu juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi.
Namun begitu kelemahan yg kamu miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh kadangkala boleh merugikan..
KEEMPAT,
JENIS AB
Kamu tenang dan bijak mengawal emosi, i
tulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri
individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
Kamu juga sentiasa menghormati orang lain.
Ini menjadikan individu yang berada
di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan
dengan mu.
Kamu juga memiliki sikap humor
semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap
menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaikidalam diri kamu itu.
Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri.
Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.
Kamu juga dingin dan terkawal.
Jadi tidak hairanlah teman menjadikan kamu sebagai tempat berkongsi cerita,
terutama urusan perasaan dan hati.
Kamu dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi.
Namun sayangnya kamu cenderung moody
dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.
P/S:
Terdapat juga pengambilan diet yang berbeza mengikut jenis darah. Kamu boleh google sendiri.
Selain itu jenis darah juga dikaitkan dengan penyakit2 tertentu.
Untuk pengetahuan KitaKamuYangSuka juga,
Jenis darah turut mempengaruhi tindak balas tubuh terhadap penyakit
dan dikaitkan dengan sistem keimunanan tubuh.
Akhir kata dermalah darah. Mereka mengharapkan kerelaan anda.
*******************************************************************************
Ahaks.
Mesti korang kata…
> Sengal tol penulis nih. Tulis tak serupa bikin. Ataupun…
> .
> .